Skip Navigation
 

HARI BATIK



HARI KHAMIS HARI BATIK MALAYSIA

Suatu masa dahulu, batik Malaysia sangat popular di negara kita. Lebih-lebih lagi dari negeri yang banyak mengusahakan industri batik seperti batik Kelantan mahupun batik Terengganu yang menjadi pilihan ramai dan tren berpakaian batik ketika itu.

Suatu ketika pula, batik Malaysia kian dilupakan dan jualan di pasaran Malaysia agak hambar dek persaingan industri tekstil yang bermacam jenis membuatkan fabrik buatan Malaysia semakin dipinggirkan di negara kita sendiri.

Sedih dan simpati melihat ramai dikalangan pengusaha batik yang terpaksa ‘gulung tikar’ pada masa itu, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood menyelamatkan keadaan itu untuk ‘menghidupkan kembali’ industri batik buatan tempatan agar ia terus hidup dan lebih segar serta terus menjadi sebutan hingga ke peringkat antarabangsa.

Apa yang dapat kita saksikan ketika batik Malaysia tenat, ramai di antara pengusaha batik ada yang terpaksa menanggung kebankrapan yang teruk. Kilang batik yang pernah dipenuhi ramai anak muda dan anak gadis comel mencanting dan mewarna batik pula menjadi kilang kosong lagi terbiar.









Kerana kesungguhan Allahyarham Datin Seri Endon, selaku Penaung Batik Malaysia, batik kini kembali segar bukan sahaja di negara kita tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sekali lagi kita 'diingatkan' untuk sama-sama menyokong industri batik apabila kerajaan mewajibkan semua kakitangan awam memakai baju batik pada setiap Khamis dan bukan lagi pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan seperti yang diamalkan sebelum ini.

Ianya bertujuan memastikan kakitangan awam ‘tidak lupa’ untuk berbaju batik kerana sebelum ini ia hanya dipakai dua kali sebulan. Bagaimana dengan anda? Jom kita segarkan kembali Industri Batik negara kita....

Pastinya produk bermusim ini akan disediakan mengikut permintaan semasa. Sahutlah seruan kerajaan, salutkan tubuh badan anda dengan warna-warni batik di badan anda. Selamat membeli belah di sini!



NAZIRA NORAN