Skip Navigation
 

Murah Berkualiti

Tudung NAZIRA.BIZ -Mingguan wanita Okt08
Tudung NAZIRA.BIZ -Mingguan wanita Okt08
Tudung NAZIRA.BIZ -Mingguan wanita Okt08
KENAPA SAYA BOLEH JUAL TUDUNG BAWAL SATU (BAWAL JEPUN) DENGAN HARGA MURAH?

1. Stok ini dipilih dan diambil sendiri tanpa perantara terus dari pusat pengeluaran pembuatan tudung bawal satu di Thailand, bukan di negeri Kelantan.

2. Saya tidak perlu membayar duit sewa kedai, upah pekerja, atau bil-bil lain kecuali cukai yang dikenakan oleh pihak kastam di Pengkalan Kubor.

3. Segala-galanya dilakukan sendiri, mengambil gambar satu persatu produk jualan, mengemaskini web bagi tempahan yang telah diterima, menghubungi pelanggan untuk kepastian pembayaran, membungkus barangan tempahan kemudian menghantar ke pejabat pos.

4. Sentiasa memantau dan menjaga kualiti barangan yang dijual. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati, barangan boleh ditukar dan dipulangkan semula. (Barangan boleh ditukar dalam tempoh SEMINGGU sahaja)

Diharap penjelasan ini dapat memberi jawapan kepada semua persoalan yang sering saya terima melalui email. Jadi, tidak timbul sama sekali soal tudung yang saya jual itu tidak berkualiti. Terima kasih kepada semua pelanggan setia yang percaya dan yakin dengan produk jualan saya. Harap maklum.

NAZIRA NORAN